Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
APMM tahan juragan, rampas 30 tong gas |  ATB 2 siap sedia pastikan keselamatan perairan negara |  Berhati-hati memandu di empat 'hotspot' |  Lori treler bawa Asid Sulfurik terbalik |  Lapan ditahan dalam operasi AADK di Keningau |  Pusat nurseri rumpai laut perlu diwujudkan |  Tenggiling Sunda Sabah kini dilindungi sepenuhnya |  Bekas pengarah Jabatan Air, isteri fail permohonan semakan |  Polis tembak mati penjenayah di Jalan KKIP Sepanggar |  City Express favourite for Chairman’s Cup |  CNY 9-course dinner package at Metropot Bistro & Café |  Feb 20 hearing on RM32 million Water Dept scandal |  Feb 27 hearing for ex State Water director, wife |  Be considerate, don’t hike price, traders told |  Discover New Year’s prosperity through food at Silk Garden Sutera Harbour | 
 BM

Lelaki warga Filipina dipenjara lima tahun kerana miliki senjata

8th October, 2016

SANDAKAN : Seorang lelaki warga Filipina dipenjara lima tahun kerana dua kesalahan memiliki senjata merbahaya tanpa lesen kebenaran sah.

Majistret Suhaila Selag menjatuhkan hukuman itu kepada Aidal Bin Jaafal, 34 tahun di hadapan Mahkamah Majistret kelmarin selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Mangkalinau, Sandakan pada 20 September tahun ini.

Menurut fakta kes, Aidal ditangkap dalam satu serbuan di lokasi berkenaan oleh sepasukan anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan yang diketuai oleh Insp. Mohammed Nor Zaid bin Zainuddin.

Semasa pemeriksaan di dalam rumah itu telah ditemui sebilah pedang samurai berukuran lebih 70 sentimeter panjang termasuk hulu serta 30 butir peluru senjata berat dan 3 kelopak peluru yang disimpan di tempat tidur tertuduh.

Mohammad Nor mengaku memiliki senjata merbahaya itu tanpa lesen kebenaran senjata dan untuk melindungi keselamatan diri.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) ABKLSB 1958.

Mahkamah mengarahkan penjara 5 tahun bagi setiap kesalahan dan jalani hukuman secara berasingan. Pendakwaan kes dikendalikan oleh INSP. Razis bin Taurati. – OLEH ALIZA ALAWI (alawi.aliza@gmail.com)

   
Email Print
   
 
 
E-browse